Friday, March 28, 2014

Komunikasi Manusia

Komunikasi merujuk kepada satu proses perkongsian atau penerimaan makna atau kewujudan di antara satu entiti atau lebih. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, komunikasi dapat ditakrifkan sebagai perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (ber­cakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll). Tubuh badan manusia dilengkapi dengan organ yang mampu menerima rangsangan dari gelombang bunyi, cahaya dan kontraksi fizikal yang akan ditukarkan kepada syarat elektrik melalui sistem saraf. Hasil proses penyesuaian diri dengan sekeliling, otak manusia mampu mengawal organ-organ tertentu untuk mewujudkan satu gimik bahasa yang akan dihantar melalui medium ruang dan udara kepada penerima sasaran. Integrasi di antara dua proses tersebut membenarkan manusia untuk mengekod setiap impulse kepada bentuk bahasa yang mengadungi makna. Berdasarkan catatan dan penemuan ahli arkeologi, komunikasi tertua manusia adalah 300,000 S.M, ia merupakan sebuah lukisan di dalam gua yang terletak di selatan Perancis. Kemudian, manusia mula mencipta satu lagi bentuk komunikasi, iaitu Petroglyhps. Petroglyphs merupakan satu bentuk simbol yang diukir di atas batu, Petroglyphs tertua yang pernah diketahui setakat ini adalah berusia 40,000 tahun. Iaitu terletak di utara Nevada, Amerika Syarikat. 32,000 tahun selepas itu, Piktogram pula dicipta. Piktogram merujuk kepada sebuah terjemahan konsep, objek, aktiviti, peristiwa, tempat kepada bentuk ilusi. 4,500 tahun kemudian, Ideogram pula dicipta oleh Tamadun China, Ideogram merupakan jelmaan idea atau konsep kepada lambang. Kemudian Alphabet pula dicipta pada 2,000 S.M oleh orang mesir. Walau bagaimanapun, ahli Ilmuan Islam berpendapat bahawa, komunikasi manusia yang pertama berlaku sejak belum wujud alam semesta lagi, ia berdasarkan kisah nabi Adam as yang tercatat dalam al-Quran. Ia berlaku sekurang-kurangnya 4.5 bilion tahun yang lepas.




---Akan dikarang semula...